Posts

Showing posts from May, 2017

KALAH BELANJA MAKAN???

Apakah hukum bersukan berdua seperti bermain bowling, tennis, badminton atau lainnya dan sesiapa yang KALAH perlu belanja makan. ? Saya jawab hukumnya adalah JUDI kerana wujud elemen 'zero sum game'. Walaupun penyertaan kelihatan tiada yuran tapi hakikatnya ia beryuran kerana kedua-dua pihak berpotensi dibebani dengan KOS makanan yang tidak pula diketahui jumlahnya. Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :- لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقت...

VALET DOA

[Isu Doa Valet] Ramai meminta pandangan saya mengenai isu doa valet yang viral di FB baru-baru ini. Saya katakan: Munculnya isu doa valet (bisnes doa) ini sebenarnya berpunca dari sikap masyarakat kita juga. Jika dari dulu kita komersialkan amalan selawat dengan majlis dengan kos yang mahal, pakej urus jenazah dengan tahlil dan bacaan al-Quran berbayar maka ia berlarutan sehingga doa pun ingin dikomersialkan. Kita juga desak supaya orang awam tidak perlu tahu dalil kerana ia lagi mengelirukan. Nah sekarang wujud valet doa. Jika pengusahanya dikenali sebagai ustaz adakah masyarakat tidak perlu bertanya dalil? Mahu terima saja? Jawapannya bagi saya mudah. Doa itu ibadah. Ia percuma. Setiap insan berdoalah. Jika terasa doa kita belum dimakbulkan ketahuilah bahawa mungkin doa kita Allah jadikan untuk tolak bala yang ingin menimpa kita. Sabda Nabi sallallah alaih wasallam: «ما من مسلم يدعو ال...

ANAK PEREMPUAN LAGI...?

JANGAN MENGELUH JIKA MEMILIKI RAMAI ANAK PEREMPUAN. JIKA MEMILIKI RAMAI ANAK PEREMPUAN. Ramai yang bertanya berkenaan memiliki ramai anak perempuan seperti di dalam poster dibawah. Berdasarkan hadith-hadith yang ditanya. Ini soalannya DAN kami sertakan STATUS HADITH sekali. Terima kasih. Lahir anak pertama perempuan, kedua pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak ketiga adalah lelaki. Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan. Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan DIA Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata 'Ha! Perempuan Lagi" tapi hendaknya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasululla...
MUDAHNYA UNTUK MERAIH PAHALA DARI ALLAH SWT نْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ سُلاَمَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ، كُلُّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيْهِ الشَّمْسُ تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ فِي دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَمْشِيْهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ وَ تُمِيْطُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ [رواه البخاري ومسلم ] Dari Abu Hurairah  radhiyallahu ‘anhu, ia mengatakan, Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wasallam  bersabda,  ”Setiap persendian manusia ada sedekahnya setiap hari di mana matahari terbit di dalamnya, kamu mendamaikan di antara dua orang adalah sedekah,kamu membantu seseorang untuk menaikkannya di atas kendaraannya atau mengangkatkan barangnya di atasnya adalah sedekah, kalimat yang baik adalah sedekah, pada tiap-tiap langkah yang...