VALET DOA


[Isu Doa Valet]

Ramai meminta pandangan saya mengenai isu doa valet yang viral di FB baru-baru ini. Saya katakan:

Munculnya isu doa valet (bisnes doa) ini sebenarnya berpunca dari sikap masyarakat kita juga. Jika dari dulu kita komersialkan amalan selawat dengan majlis dengan kos yang mahal, pakej urus jenazah dengan tahlil dan bacaan al-Quran berbayar maka ia berlarutan sehingga doa pun ingin dikomersialkan.

Kita juga desak supaya orang awam tidak perlu tahu dalil kerana ia lagi mengelirukan. Nah sekarang wujud valet doa. Jika pengusahanya dikenali sebagai ustaz adakah masyarakat tidak perlu bertanya dalil? Mahu terima saja?

Jawapannya bagi saya mudah. Doa itu ibadah. Ia percuma. Setiap insan berdoalah. Jika terasa doa kita belum dimakbulkan ketahuilah bahawa mungkin doa kita Allah jadikan untuk tolak bala yang ingin menimpa kita. Sabda Nabi sallallah alaih wasallam:

«ما من مسلم يدعو الله عز وجل بدعوة ليس فيها إثم ولا قطيعة رحم إلا أعطاه الله بها إحدى ثلاث خصال: إما أن يعجل له دعوته، وإما أن يدخرها له في الآخرة، وإما أن يصرف عنه من السوء مثلها»

Maksudnya: tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa kepada Allah dengan doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan silaturrahim melainkan Allah akan berikan dia salah satu dari tiga perkara: sama ada makbulkan doanya segera, atau tangguhkan habuannya di akhirat ataupun menolak bala yang setimpal dengan doanya. (HR Tirmizi dengan sanad yang jayyid)

Comments

Popular posts from this blog

JANGAN MEMBAZIR KETIKA BERAYA...