JANGAN MEMBAZIR KETIKA BERAYA...
JANGAN MEMBAZIR dan BERBOROS KETIKA BERAYA.
Dalam suasana hari raya ini, kita perasan tak kita akan berbelanja melebihi bulan-bulan yang lain?
Beli kuih raya, baju baru, kasut baru dan macam-macam yang baru termasuklah perabut baru. Ini tak termasuk lagi duit raya yang hendak diberikan kepada anak-anak serta keluarga.
Kita perlu bijak merancang jangan kita berbelanja sampai melebihi kemampuan kita sendiri.
Allah Ta’ala berfirman,
وَلا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ
“Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan.” (QS. Al Isro’ [17]: 26-27). Maksudnya adalah mereka menyerupai syaitan dalam hal ini.
Allah Ta’ala berfirman:
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. [al-A’râf/7:31].
Dalam hadis yang sahih dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلاَثًا وَيَكْرَهُ لَكُمْ ثَلاَثًا فَيَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَيَكْرَهُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ
“Sesungguhnya Allah meredhai tiga hal bagi kalian dan murka apabila kalian melakukan tiga hal. Allah redha jika kalian menyembah-Nya dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, dan (Allah redha) jika kalian berpegang pada tali Allah seluruhnya dan kalian saling menasihati terhadap para penguasa yang mengatur urusan kalian. Allah murka jika kalian sibuk dengan desas-desus, banyak mengemukakan pertanyaan yang tidak berguna serta membuang-buang harta.” (HR. Muslim no.1715)
Ini antara dalil-dalil yang Allah melarang kita boros. Dengan kata lain, ukur baju di badan sendiri. Jangan diukur dibadan orang lain kerana lain orang lain rezekinya. Tidak sama.
Maka oleh itu Islam pentingkan kepada keserdehanaan. Tidak kedekut dan tidak boros.
Allah Ta’ala berfirman tentang sederhana:
وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir (kedekut), dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. [al-Furqân/25:67].
Indahkan Islam sehingga perbelanjaan kita pun diberi tunjuk ajar. Maka apa salahnya kita bersederhana dalam beraya? Jangan takut dengan apa orang akan kata tapi takutlah dengan ancaman Allah kepada orang-orang yang boros dan kedekut.
Kita perlu berfikir mengapa kita tidak boleh boros? Kerana apabila kita boros, duit kita akan cepat habis dan apabila duit habis, mana lagi kita hendak cari duit untuk menampung perbelanjaan kita? Salah satunya berhutang sedangkan berhutang.
Nabi shallallahu alaihi wassalam bersabda:
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
"Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Macam mana tu? Siapa yang hendak melangsaikan hutang-hutang kita?
Berfikirlah sebelum bertindak.
Kita boleh amalkan doa yang Rasulullah shallallahu alaihi wassalam ajar kepada kita iaitu :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia dusta, bila berjanji dia mengingkari" (HR Bukhari, 1/214)
Kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh dari berhutang.
Comments
Post a Comment