KELEBIHAN BERDOA

KELEBIHAN BERDOA

Doa itu ibadah. Ia percuma. Setiap insan berdoalah. Jika terasa doa kita belum dimakbulkan ketahuilah bahawa mungkin doa kita Allah jadikan untuk tolak bala yang ingin menimpa kita. Sabda Nabi sallallah alaih wasallam:
«ما من مسلم يدعو الله عز وجل بدعوة ليس فيها إثم ولا قطيعة رحم إلا أعطاه الله بها إحدى ثلاث خصال: إما أن يعجل له دعوته، وإما أن يدخرها له في الآخرة، وإما أن يصرف عنه من السوء مثلها»
Maksudnya: tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa kepada Allah dengan doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan silaturrahim melainkan Allah akan berikan dia salah satu dari tiga perkara: sama ada makbulkan doanya segera, atau tangguhkan habuannya di akhirat ataupun menolak bala yang setimpal dengan doanya. (HR Tirmizi dengan sanad yang jayyid)

Comments

Popular posts from this blog

JANGAN MEMBAZIR KETIKA BERAYA...