BURULAH KASIH SAYANG....


Kisah seorang perempuan dan tiga lelaki tua...
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk di halaman rumahnya.
Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya: "Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silakan masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kdalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Jika macam itu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain.
Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang."
"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua: "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silakan masuk dan menjadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya."
Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan..."
Teks asal:
فى يوم من الايام خرجت امراة من منزلها صباحا فرأت ثلاثة شيوخ ذوى لحية بيضاء طويلة جالسين فى فناء منزلها و هى لا تعرفهم و قالت فى نفسها : من هؤلاء الشيوخ لا اظننى اعرفهم و لكن لابد انهم جوعى .
توجهت المرأة اليهم و قالت لهم بابتسامة ترحيب : تفضلوا بالدخول حتى اقدم لكم الطعام . ردوا عليها اذن لا يمكننا الدخول حتى ياتى الزوج و فى المساء عندما عاد زوجها من العمل اخبرته ما حدث فقال لها اذهبى و ادعوهم للدخول لتناول الطعام فخرجت المرأة و دعتهم للدخول فردو رد غريب جدا ! قالو لها لا نستطيع ان ندخل المنزل مجتمعين ! سالتهم المرأة : ولكن لماذا ؟ فشرح لها احدهم قائلا ان هذا الشيخ اسمه الثروة و اشار الى احد اصدقائة و هذا النجاح و اشار الى اخر و انا المحبة و اكمل كلامة قائلا و الان ادخلى و تناقشى مع زوجك و اساليهم من منا تريدان ان يدخل منزلكم ؟!
دخلت المرأة متعجبة الى زوجها و اخبرته ما قالة الرجل فغمرته السعادة و قال لها يالنا من سعداء الحظ فلندعو الثروة حتى تدخل بيتنا ارجعى و دعيه للدخول حتى يملئ منزلنا ثراء و اموال . خالفته الزوجة الراى قائلا و لم لا ندعو النجاح . دار هذا الحديث على مسمع من ابنهم و هو فى احد زوايا المنزل الذى قال مسرعا اليس من الافضل ان ندعو المحبة فمنزلنا حينها سوف يمتلئ بالحب و الود . قال الاب دعونا ناخد بنصيحة ابننا . اخرجى و ادعى المحبة ليكون هو ضيفنا . خرجت المراه و دعت المحبة للمنزل وبالفعل نهض المحبة و بدا بالسير نحو المنزل فتبعه فورا الثروة و النجاح نظرت اليهم المراة باندهاش و قالت و لكننى دعوت المحبة فقط فلماذا تدخلان معه ؟
رد الشيخان بابتسامة : لو كنت دعوت أو (النجاح) لظل الإثنان الباقيان
خارجاً، ولكن كونك دعوت المحبة فأينما يذهب نذهب معه .. أينما توجد
المحبة، يوجد الثراء والنجاح.

Comments

Popular posts from this blog

JANGAN MEMBAZIR KETIKA BERAYA...